Wednesday 19 March 2014

Mini Smart Pot





Kini diperkenalkan Mini Smart Pot yang sangat sesuai digunakan untuk menanam pokok seperti pokok herba, orkid dan hiasan.


                                      







Ia mempunyai diameter 18 cm, dan ketinggian 14 cm. Mini pot ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama (luar) berperanan sebagai tempat simpanan air (1.2 liter) dan bahagian dalam pula adalah untuk penanaman pokok. Air akan memasuki ke bahagian dalam secara AUTOMATIK mengikut keperluan sesuatu pokok kerana ia dikawal oleh alat kawalan yang dikenali sebagai smart valve.

Sekarang saya akan terangkan konsep bagaimana ia berfungsi.


Konsep mengairi pokok mengikut keperluan sesuatu pokok

Sistem mini smart pot ini direka bentuk bertujuan untuk memastikan pokok mendapat air mengikut keperluan sesuatu pokok itu. Ini kerana, keperluan air setiap pokok berbeza antara satu sama lain.

Sebagai contoh, pokok kaktus hanya memerlukan air satu kali setiap 3 hari tetapi pokok tembikai di waktu panas memerlukan air sehingga 3-4 kali sehari.  

Semua ini boleh dilakukan tanpa menggunakan elektrik, sistem paip dan tangki yang mahal, tetapi ia boleh dilakukan hanya dengan menggunakan mini smart pot dimana air disalurkan mengikut keperluan pokok.

Sehinggakan sistem pengairan menggunakan sistem komputer pun tidak mampu untuk mengairi pokok mengikut keperluan harian sesuatu pokok itu.


Jika sudah memahami konsep pengairan mini pot ini, saya akan terangkan pula BAGAIMANA ia berfungsi.

Smart valve: 'jantung' dalam sistem autopot



Ia bersaiz kecil dan diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi. Menjadikan produk ini tidak terlalu mahal untuk dimiliki dan mampu bertahan lama.

Fungsi alat ini ialah mengawal kemasukan air ke dalam tempat takungan air (bahagian dalam mini pot). Tetapi ia bukan seperti pelampung yang mengawal kemasukan air ke dalam tangki. Alat ini amat berbeza kerana ia akan membiarkan air di dalam takungan kering sepenuhnya sebelum air ditambah semula. 


Bagaimana smart valve  berfungsi?

1)         Apabila air dimasukkan ke dalam bahagian simpanan air, air akan memasuki bahagian dalam mini pot melalui tekanan graviti, injap smart valve yang mengawal air masuk akan terbuka secara automatik.

2)         Air akan memenuhi bekas autopot sehingga takat kedalaman yang telah ditetapkan dari paras bekas.

3)         Injap akan tertutup secara automatik apabila air mencapai tahap kedalaman yang telah ditetapkan. Maka air dari sumber air akan dihalang masuk dari memasuki bekas autopot.

4)         Injap ini akan terus tertutup sehinggalah air yang memasuki bekas autopot ini semuanya diserap oleh pokok melalui tindakan kapilari melalui medium penanaman (cth: tanah) seterusnya diserap oleh akar.

5)         Selepas semua air dalam bekas autopot habis, injap smart valve akan terbuka kembali secara automatik dan air akan memasuki semula ke dalam bekas autopot.






Kenapa pokok tumbuh dengan subur di dalam sistem mini autopot?


Kelebihan yang terdapat dalam sistem autopot ini ialah pada CARA air disalurkan kepada pokok.

Kebanyakan sistem hidroponik mengenalpasti bahawa secara semulajadinya kebanyakan pokok mempunyai kitaran kelembapan. Ia bermula dengan mendapat air (tanah basah), dari masa ke semasa air akan kering sedikit demi sedikit sehinggalah kering dan kemudian basah semula.

Jika air datang secara kerap sebelum medium penanaman (cth: tanah) kering, pertumbuhan pokok akan sedikit terencat.

Jika medium penanaman (cth: tanah) kering untuk satu jangka waktu yang lama akan menyebabkan pokok layu ataupun mati kekeringan.



Bagaimana sistem mini autopot akan memberi manfaat kepada anda?

Dapat mengawal terlebih air atau terkurang air.

Dengan menggunakan mini smart pot, anda tidak perlu lagi risau berkenaan bekalan air untuk pokok tanaman anda terutamanya jika anda dalam kesibukan. Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa anda menyiram pokok anda setiap pagi dan petang.

Penyelesaian kepada masalah masa untuk menyiram

Bagi orang yang bekerja, mini smart pot merupakan pilihan terbaik untuk menamam pokok walaupun sentiasa dihimpit kesibukan kerja.

Penyelesaian untuk mereka yang hendak pergi bercuti

Mini smart pot direka untuk membekalkan air kepada pokok untuk suatu jangka masa yang panjang. Ini kerana pokok mendapat bekalan air terus dari bahagian simpanan air.


Berminat? harga seunit mini pot adalah RM 50 sahaja (caj penghantaran adalah percuma). 

Berdasarkan apa yang telah saya terangkan, kebaikan dan kelebihan mini pot memang tidak dapat disangkal lagi. Ia amat sesuai kepada mereka yang bekerja atau belajar tetapi tidak mempunyai masa yang banyak untuk melayan hobi menanam pokok hiasan dan sebagainya.

Kepada mereka yang mempunyai ruang rumah ruang bilik yang terhad, mini pot merupakan produk yang amat sesuai untuk anda miliki.

Jika anda ingin membeli mini pot ini, tempahan boleh dibuat dengan:

1) Mengemailkan kepada asufian7@gmail.com, atau
2) SMS kepada saya ke no. : 0182777953

Emailkan/SMSkan maklumat:

Nama:
No. tel:
Alamat surat-menyurat:
kuantiti:
warna pot yang hendak ditempah:

Tempahan perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika stok masih ada, barulah urusniaga akan dijalankan.